‘Kick Off’ Sambutan Bulan Kaunseling 2019 mendapat respons yang sangat positi

 

Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2019 yang di kemudikan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa atau dikenali juga PERKAMA International mendapat sokongan dari pelbagai sektor kepimpinan. Menurut Dato’ Dr Abd Halim Mohd Hussin, Presiden PERKAMA International, pelbagai sektor kepimpinan telah menyampaikan ungkapan dan ucapan tahniah buat PERKAMA International diatas kejayaan mencetuskan idea serta memeriahkan sambutan bulan kaunseling dengan menyediakan jadual yang pada sepanjang bulan Oktober 2019. Antara personaliti yang telah menyatakan ucapan tahniah ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Presiden CUEPACS, Timbalan Menteri di JPM, Naib Pengerusi MCPF dan barisan Felo PERKAMA. Selaras dengan tema *”Kaunseling Untuk Kesejahteraan Masyarakat”*beliau menyeru semua institusi pendidikan yang menyediakan latihan kaunseling agar mendatangi masyarakat dan melaksanakan inisiatif kesedaran kesihatan mental. Sambutan Bulan Kaunseling kali ini dilaksanakan bersama Gabungan Pertubuhan Kaunseling Malaysia. Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan 2019 akan berlansung di UPM dimana graduan sulong ijazah sarjana kaunseling di lahirkan. Progran ini dikendalikan oleh Malaysian Young Counseling Scholars yang terdiri daripada pemimpin pelajar kaunseling dari pelbagai IPT yang menawarkan program kaunseling. Antara aktiviti utama bulan kaunseling ialah Program Semarak Kaunselor, Kembara Kaunseling, Seminar MALINDO 06 iaitu Seminar Bimbinhan san Kaunseling bersama Malaysia dan Indonesia bagi bidang kaunseling di Jogjakarta, Indonesia.
Seramai 40 pengamal kaunseling akan menyertai seminar ini sebagai pembentang dan peserta. Selain itu pelbagai aktiviti dijalankan oleh institusi dan gabungan persatuan di seluruh tanah air. Menurut Abd Halim, PERKAMA akan meneruskan agendanya menyediakan latihan peningkatan kompetensi bagi meningkatkan martabat profesyen kaunseling serta akan terus membuat advokasi terhadap pemerkasaan kaunselor di tanah air. Menyentuh isu lay-counselor, beliau menegaskan bahawa PERKAMA tetap bertegas dengan pendirian menolak istilah *”lay counselor” tetapi bersetuju dengan hasrat menyediakan barisan hadapan komuniti atau “community first contact”. PERKAMA juga meminta kerajaan untuk memperkasakan kaunselor melalui penyediaan laluan kerjaya yang setanding dengan badan profesional lain di negara ini. Dalam menangani isu kesihatan mental pula, beliau menegaskan agar pihak kerajaan memberi komitmen yang jelas terhadap mereka yang terlibat secara lansung dengan ahli masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan mental dengan menyediakan peruntukkan bagi geran latihan yang akan dikendalikan oleh PERKAMA serta pertubuhan afiliasinya. PERKAMA International juga telah berjaya meyakinkan sebuah persatuan antarabangsa IAC untuk menjadi tuan rumah penganjuran Seminar Kaunseling Sedunia .

editorialteam
Author: editorialteam

Leave a Comment

Your email address will not be published.