𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ€π”ππ’π„π‹πˆππ† πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ sambut baik hasrat kerajaan wujudkan dasar kaunseling negara​

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ€π”ππ’π„π‹πˆππ† πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ sambut baik hasrat kerajaan wujudkan dasar kaunseling negara

Kuala Lumpur: 22 April. Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa atau lebih dikenali juga sebagai PERKAMA International menyambut baik hasrat kerajaan untuk mewujudkan Dasar Kaunseling Negara. Usaha advokasi terhadap pengwujudan dasar kaunseling negara ini telah mula dicetuskan oleh PERKAMA International dalam Konvensyen Kaunseling Kebangaaan Kali ke-13 pada tahun 2001 selaras dengan termaktubnya Akta Kaunselor 580 (1998) dan penubuhan Lembaga Kauselor MalaysiaΒ  yang merupakanΒ  hasil usaha gigih PERKAMA International sendiri.Β  Pengwujudan Dasar Kaunseling Malaysia adalah bertepatan dengan masanya kerana isu-isu kesihatan mental adalah isu asas dalam menentukan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Perkhidmatan Kaunseling untuk masyarakat perlu diiktiraf bukan sahaja dari perspektif pengamalannya tetapi dari segi kewujudan dasarnya sendiri. Ekoran dari keputusan ini, PERKAMA International juga menggesa kerajaan untuk terus meneliti dan mempertimbangkan penubuhan Jabatan Kaunselor Negara yang boleh berperanan sebagai agensi yang utama dalam urusan amalan dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Isu penubuhan Jabatan Kaunselor Negara juga telah disuarakan oleh PERKAMA International melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya Dato’ Dr Abd Halim Mohd Hussin pada Mac 2021 yang lalu. PERKAMA International berharap agar pihak kerajaan akan menawarkan amalan libaturus dan dasar keterangkuman bersama pertubuhan professional bidang kaunseling yang dipayungi olehΒ  PERKAMA International dalam proses penggubalan Dasar Kaunseling Negara ini nanti. Sebagai tindakan proaktif PERKAMA International akan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Siri Keduanya yang melibatkan pakar kaunseling di Malaysia bagi membincangkan kerangka utama dan teras serta strategi Dasar Kaunseling Negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *